DAMANSARA - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelantangan beliau bersuara dan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat kini bukan bererti untuk merosakkan partinya (Umno) sebaliknya ingin menyelamatkan Umno daripada 'karam'.
Katanya, pada pemerhatiannya 'kapal layar' Umno kini hampir ‎ tenggelam dek kerana nakhoda dalam kapal tersebut telah 'tersasar' daripada laluan yang sebenar.
"Saya jelaskan di sini langkah yang saya ambil kini (sertai Deklarasi Rakyat) adalah untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan supaya keadaan tidak menjadi teruk dan esok mungkin kita akan kalah dalam pilihan raya.
"Sebab itu saya anjurkan satu deklarasi untuk menyelamatkan parti dan negara, jadi kalau dilihat di sudut itu saya bukan pengkhianatnya.
"Saya adalah penyelamatnya, supaya pemimpin Umno dan BN tahu keadaan kini teruk.