Minggu, 13 Maret 2016

Deklarasi Rakyat akan gagal jika hanya harapkan Dr Mahathir

Oleh Amin Iskandar
Sudah hampir 2 minggu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah menggabungkan pemimpin Umno, pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersatu bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Selepas Deklarasi Rakyat dilancarkan, tidak kelihatan atau kedengaran momentum untuk menggerakkannya bagi menyampaikan mesej kepada rakyat di bawah.

Mungkin juga ini merupakan strategi untuk “menggelirukan pihak lawan” memandangkan pentadbiran Najib kini memberikan reaksi keras terhadap mana-mana penentangan. Akan tetapi, bagi penyokong pergerakan ini, mereka ternanti-nanti apakah yang sedang berlaku dan kemakah hala tuju Gerakan Selamatkan Malaysia ini.
Ini kerana di media sosial, Gerakan Selamatkan Malaysia kelihatan bersikap seperti “sebuah kerajaan” yang tenang sahaja membiarkan penentang-penentang mereka menyerang.
Penentang Gerakan Selamatkan Malaysia sama ada menyokong Najib atau tidak kelihatan lebih agresif “menghina” Deklarasi Rakyat.
Sedangkan, yang menyokong Dr Mahathir tidak kurang hebatnya seperti bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, aktivis Hishamuddin Rais, Maria Chin Abdullah dan ramai lagi.
Walaupun ramai “pemain berpengalaman” dalam Gerakan Selamatkan Malaysia, mereka mungkin terlupa sesebuah momentum dan mood sesuatu pergerakan itu harus “dicipta” dan ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.
Atau sebenarnya mereka hanya mengharapkan Dr Mahathir melakukan semua perkara? Mereka mungkin terlupa bekas perdana menteri itu sudah berusia 91 tahun!
Tindak balas Najib
Sudah tentu Najib, Umno dan Barisan Nasional (BN) panik. Tidak mungkin mereka akan biarkan Gerakan Selamatkan Malaysia bergerak mudah.
Mana tidaknya pada Pilihan Raya Umum ke 12 (2008), disebabkan Dr Mahathir menentang perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Dan pada ketika itu, Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi bersama pembangkang.
Bayangkan jika terdapat kerjasama rasmi Dr Mahthir dan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang ketika sentimen pengundi bukan Melayu masih anti BN? Sedikit perubahan kepada trend pengundian Melayu akan menyebabkan BN jatuh.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar