Jumat, 11 Maret 2016

Petisyen turunkan potret Najib di universiti UK hampir cecah 4,000 tandatangan

Petisyen meminta Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 4,000 tandatangan sejak 3 hari ia dilancarkan. – Gambar www.change.org, 12 Mac, 2016.
Petisyen meminta Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 4,000 tandatangan sejak 3 hari ia dilancarkan.

Apabila Cassandra Chung memuat naik petisyen agar Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak kerana sikap berdiam diri perdana menteri itu berkaitan sumbangan RM2.6 bilion, beliau menganggarkan akan hanya mendapat sekitar 100 tandatangan.
Tetapi dalam masa 3 hari, pelajar undang-undang itu menerima hampir 4,000 tandatangan bagi menyokong usul untuk dikemukakan kepada University of Nottingham Malaysian Society.
"Kita sebenarnya sudah kemukakan usul dan buat masa ini, kita tidak akan menarik balik," Chung memberitahu The Malaysian Insider, ketika ditanya mengenai status gerakan beliau.

"Pada masa ini, kita sedang menunggu di Persatuan Malaysia meluluskan usul untuk dibahaskan di AGM minggu depan (mesyuarat agung tahunan)." Tetapi Chung berkata, walaupun Persatuan Malaysia "selalunya sangat terbuka kepada kebanyakan cadangan ahli " beliau tidak pasti mereka akan menerima usul itu, memandangkan persatuan itu harus kekal neutral.
Katanya, beliau hanya ahli biasa dalam persatuan itu walaupun pernah sekali mencuba bertanding jawatan setiausaha kebajikan.
Bagaimanapun, mahasiswa itu gembira atas sambutan menggalakkan sejak petisyennya dimuat naik pada 8 Mac.
"Apabila petisyen di peringkat penggubalan, saya diberitahu beberapa kali yang petisyen itu tidak boleh mendapat banyak sokongan. Jadi ketika bermula, harapan adalah sekurang-kurangnya 100 tandatangan.
"Jadi bayangkan kejutan semua orang (termasuk Justin dan saya) apabila kami mencecah 1,000 dalam masa kurang 24 jam dan apabila pelbagai portal akhbar mengesan petisyen itu," kata Chung, merujuk kepada penyokong gerakan ini, Justin Ong.
Menangani tindak balas
Tetapi petisyennya itu walaupun popular, ada kemudaratannya.
Chung memberitahu, beliau menerima ancaman di atas talian dan nampaknya mendapat perhatian pihak berkuasa.
"Kira-kira 2 atau 3 jam selepas petisyen itu dimuat naik, saya dimaklumkan seorang anggota jawatankuasa Persatuan Nottingham Malaysia yang Suruhanjaya Tinggi (Malaysia di Singapura) mencari mencari nombor saya.
"Saya menggeletar hingga akhirnya saya dapat tidur hanya 2 jam pada malam itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar