Sabtu, 12 Maret 2016

Kumpulan kebebasan akhbar berjuang menentang sekatan Internet dengan ‘laman cermin’


Reporters Without Borders (RSF) berkata ia mencipta satu aplikasi pengesan penapisan, lanjutan pelayar Google Chrome untuk memudahkan akses kepada versi “cermin” laman sesawang yang disasarkan. – Gambar fail Reuters, 12 Mac, 2016.
Penganjur kempen kebebasan akhbar Reporters Without Borders (RSF) mewujudkan 6 lagi portal berita, termasuk Sarawak Report, yang membolehkan ia diakses di negara-negara disekat sebagai sebahagian daripada usaha menggagalkan sekatan Internet.
“Operation Collateral Freedom #2” merupakan salinan “cermin” laman sesawang yang disekat pada perkhidmatan disediakan syarikat Internet utama seperti Amazon, Microsoft atau Google.
RSF berkata ia juga mencipta satu aplikasi pengesan penapisan, lanjutan pelayar Google Chrome untuk memudahkan akses kepada versi “cermin” laman sesawang yang disasarkan.

"Sesiapa yang pergi ke salah satu laman sesawang disekat akan melihat ikon aplikasi pengesan penapisan RSF bertukar merah. Dengan mengklik padanya, ia akan secara automatik diarahkan ke ‘cermin’ tidak disekat RSF," kata RSF. Pada 25 Februari, The Malaysian Insider disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung laporan yang memetik sumber panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Panel SPRM mencadangkan membuka semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd kepada peguam negara kerana cukup bukti melakukan pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
SKMM juga menyekat 52 laman sesawang media baharu dan menyiasat 14 kes penyalahgunaan media sosial sejak penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani kesalahan berkaitan dengannya pada Januari.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar