Jumat, 11 Maret 2016

BN perdaya Orang Asal untuk menang PRU – Tuan Ibrahim

Kerajaan sebenarnya tidak serius mengatasi masalah Orang Asal kerana janji yang ditabur hanyalah penyedap kata menjelang pilihanraya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ma
PETALING JAYA: Orang Asal telah diperdaya dengan taburan segala macam janji bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya, kata PAS.
Sehingga kini, dakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, janji kerajaan untuk menyediakan kebajikan yang selasa untuk masyarat itu masih belum ditunaikan.
“Kerajaan sebenarnya tidak serius mengatasi masalah Orang Asal. Segala bentuk janji sekadar penyedap kata menjelang pilihanraya umum (PRU).
“Undi mereka diguna hanya diperlukan pada musim pilihan raya sahaja dengan pelbagai janji,” katanya kepada FMT.
Katanya, isu utama yang membelenggu Orang Asal ketika ini apabila hak mereka untuk mendapat Tanah Adat disamping bekalan air dan elektrik yang masih belum disediakan secara menyeluruh.
“Isu besar yang membelanggu Orang Asal ketika ini adalah hak milik Tanah Adat. Kelemahan isu tanah orang asal mesti diselesaikan segera.
“Malah kerajaan juga perlu menyediakan program pembangunan bersepadu bagi mengatasi permasalahan masyarakat orang asal melibatkan pembangunan spiritual dan fizikal,” katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon mendakwa lebih 50 peratus masyarakat Orang Asal seluruh negara akan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya akan datang apabila banyak janji-janji yang ditabur kerajaan BN gagal ditunaikan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar