Jumat, 11 Maret 2016

Jangan layan kerenah Mahathir, terus istiqamah - Veteran Umno


Mustapha YaakubMustapha Yaakub
Veteran Umno Malaysia menyeru kepimpinan Umno di semua peringkat supaya fokus dan istiqamah kepada penyelesaian masalah rakyat berbanding melayan kerenah Tun Dr Mahathir Mohamed dan pembangkang.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata Umno tidak boleh terperangkap dengan strategi mereka yang mahu melekakan parti dengan provokasi dan serangan sehingga terlupa agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'
"PRU14 (Pilihanraya Umum ke 14) hanya tinggal 21 bulan lagi. Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu melangsaikan hutang lama yang dijanjikan kepada rakyat semasa PRU13.
"Segala usaha hendaklah diambil untuk menghilangkan keresahan rakyat bagi mendapat keyakinan rakyat sekiranya mahu mempertahankan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Justeru, katanya, Veteran Umno mencadangkan kerajaan mengambil tindakan seperti menurunkan harga barangan dan kos sara hidup, pengawalan yang lebih berkesan dan tindakan tegas terhadap peniaga degil yang menaikkan harga barang keperluan, menurunkan kadar caj elektrik dan kadar tol di seluruh negara malah jika perlu kerajaan boleh mengambil alih konsesi tol yang sudah lama beroperasi dan menghapuskan bayaran tol.
Kerajaan juga disaran menambah jumlah biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera di dalam dan luar negara serta menaikkan taraf Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar