Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu memberi maklum balas terhadap usul Chung yang dimuat naiknya dalam laman sesawang www.change.org.
"Oleh itu, kami melihat tidak ada sebarang sebab mengapa perlu menghalang usul Cassandra daripada dibahaskan semasa AGM pada 16 Mac 2016 kerana ia adalah non-partisan dan tidak seharusnya dijadikan sesuatu yang menjejaskan kepentingan masyarakat kita. Kami juga dipertanggungjawabkan untuk membentangkan dan membahaskan usulnya di AGM kami.
"Jawatankuasa ini juga memahami keputusan sama ada untuk menurunkan atau tidak potret perdana menteri. "Jawatankuasa ini mengakui pendirian kumpulan ini perlu diputuskan melalui undi ahli semasa perbahasan dan disebabkan itu, jawatankuasa ini menyeru kepada semua ahli mengambil perhatian dan hadir ke AGM untuk mengundi berhubung perkara ini," kata kenyataan itu.
Menurut Chung sebelum ini, beliau menuntut potret itu diturunkan sebagai satu luahan bersama berhubung tindakan percanggahan pendapat susulan keengganan perdana menteri menjawab perkara yang mencurigakan iaitu pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Tanpa menyatakan sama ada setuju atau tidak dengan tindakan pelajar itu, jawatankuasa Persatuan Malaysia Universiti Nottingham berkenaan turut mengambil kesempatan mengatakan mereka menentang sebarang ancaman keganasan sama ada terhadap beliau dan keluarganya dan menyeru agar semua pihak yang terlibat berfikir secara rasional mengenai isu terbabit sebelum membuat sebarang keputusan.
Read More / Baca Lagi >>
Tidak ada komentar:
Posting Komentar