Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya sudah boleh memulakan siasatan atas dakwaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir yang membuat dakwaan itu dan kemudian dipertahankan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Teoh berkata demikian hari ini ketika menyerahkan surat menggesa siasatan dakwaan itu dijalankan di pejabat Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
"Sebenarnya kita berharap dengan adanya pengerusi baharu, mereka harus memberi respons secepat mungkin atau 12 hari selepas menteri besar Kedah dan ketua menteri Melaka mengaku memang ada RM1.5 bilion dibelanjakan. "SPR patut melakukannya tetapi sampai sekarang kami tidak nampak ada tindakan selanjutnya dilakukan mana-mana pihak seolah-olah ini bukan perkara yang perlu diambil perhatian," kata Teoh pada sidang media ringkas di pejabat SPR di Putrajaya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar