Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelemahan kerajaan negeri dari aspek dasar- dasar yang berkaitan alam sekitar, pembalakan, pelaksanaan lebuh raya rakyat, pembinaan rumah kos rendah dan projek Lembah Sireh sudah lama diketahui.
“Husam pernah pernah memegang jawatan sebagai Exco kanan kerajaan negeri, malah pernah menjadi antara individu penting dalam Pas pasti lebih tahu segala permasalahan yang berlaku.
“Bagi saya, tidak boleh salahkan sesiapa dalam kepincangan yang berlaku, sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu diletakkan kepada kerajaan itu sendiri,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis kajian pertengahan penggal Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, hari ini.
Hadir sama, Presiden NUTP, Hashim Adnan; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dan Pengarah Pendidikan Kelantan, Datuk Ab Aziz
Tidak ada komentar:
Posting Komentar