Kerajaan perlu menyemak mana-mana individu yang memegang jawatan utama dalam GLC tetapi tidak selari dengan kerajaan.
PETALING JAYA: Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak kerajaan menamatkan perkhidmatan individu yang memegang jawatan utama dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi tidak selari semangat dan aspirasi kerajaan memerintah.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, individu terbabit sepatutnya ditamatkan kontrak serta merta.
Katanya, tindakan itu sejajar dengan keputusan kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
“Tindakan ini (tamat perkhidmatan) selari dengan tindakan Dr Mahathir yang tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rafizal berkata, rakyat juga mengkritik Dr Mahathir yang bersekongkol dengan musuhnya, Lim Kit Siang.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda UMNO Pulau Pinang memberi sepenuh sokongan kepada Najib untuk meneruskan pentadbiran negara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar