Minggu, 13 Maret 2016

Pengguguran Najib syarat kerjasama PAS dan Umno

Oleh Tan Sri Zainudin Maidin
Umno seolah-olah mendapat suatu kepercayaan besar dan kekuatan baru apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berkonspirasi dengan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kepercayaan inilah yang memberikan keberanian kepada kabinet untuk menyingkirkan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas.

Dr Mahathir, walaupun sedar beliau seharusnya meletak jawatan tetapi menunggu tindakan bagi meraih simpati terhadapnya dan menambah sokongan rakyat. Memang wajar bagi kerajaan bertindak membuang Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi mendokong kerajaan.
Bagaimanapun, satu komen ringkas di Facebook mengenai pembuangan Dr Mahathir itu menjadi viral dengan tiba-tiba yang membuktikan bercanggah dengan sentimen rakyat dan betapa salahnya perhitungan kerajaan dan pemimpin Umno.
Banyak yang saling bertanya sudahkah membaca komen ini yang menunjukkan selari dengan sentimen mereka? Saya tidak tahu penulis asalnya. Inilah komennya: "Petronas yang tidak bermasalah, penasihatnya dipecat tetapi 1MDB bermasalah besar penasihat masih memegang jawatan."
Apabila dipetik ‘tweet’ saya, di ‘retweet’ pula ramai orang yang mendatangkan tidak kurang 30,000 orang pembaca dalam masa hanya sekejap saja. Ini menunjukkan sikap majoriti rakyat di lapangan pada masa ini.
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan lain-lain agensi sokongan kerajaan yang membuat tinjauan di lapangan berasaskan pada penemuan mereka, sewajarnya memberikan laporan sejujurnya kepada menteri masing-masing untuk dilaporkan kepada kabinet iaitu Najib sedang menghadapi masalah kredibiliti dan integriti yang sukar sekali untuk diperbaiki kembali, sekalipun dalam pekara yang benar.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar