Tengku Razaleigh mendedahkan Dr Mahathir telah menghantar surat letak jawatan sebagai Penasihat Petronas sebelum Kabinet melucutkan jawatannya.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas lebih awal sebelum Kabinet menamatkan perkhidmatan beliau, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Saya diberitahu bahawa, sebelum Kabinet meluluskan pelucutan jawatan itu, Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas,” katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang berkata, isu penamatan khidmat Dr Mahathir bukan perkara baharu kerana bekas Perdana Menteri itu pernah menghantar surat meletak jawatan tetapi ditolak kerana kerajaan pada waktu itu masih memerlukan khidmatnya.
Ku Li, antara pengasas Petronas berkata, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatam Dr Mahathir bukan isu kerana tiada peruntukan menyatakan Penasihat Petronas boleh dilantik dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan.
Berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, ahli Majlis Penasihat Petroleum perlu dilantik dalam kalangan pegawai kanan kerajaan,pakar-pakar minyak, wakil negeri pengeluar minyak dan penasihat kerajaan mengenai minyak dan lombong,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Ku Li juga menolak sekiranya kerajaan menawarkan jawatan Penasihat Petronas kerana lebih selesa dengan keadaan sekarang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar