Minggu, 13 Maret 2016

Pakatan Harapan tidak tergugat dengan pakatan baharu PAS, kata Wan Azizah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini, beliau berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.
Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: "Belum lagi... kita tunggulah (PAS umum) 16 Mac ini... sabar."

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini. Parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang tidak dinamakan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar