Balu kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu tetapi meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa.
A Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan Ramesh Rao Naidu di Petaling Jaya, Selangor tetapi meninggalkan sidang media selepas tidak dapat menjawab soalan pemberita.
Selvi turut mengaku menemui Ramesh selepas dijanjikan bantuan bagi membiayai pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 sebelum bersetuju mengadakan sidang media hari ini.
Dalam kenyataannya, Selvi menyalahkan beberapa individu termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak menunaikan janji untuk membantu keluarganya selepas kematian suaminya pada 2013. Beliau kemudiannya berkata, akaun bersumpah (SD) suaminya mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah adalah benar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar