Sabtu, 12 Maret 2016

Irwan Siregar ‘tidak tahu’ dilantik gabenor Bank Negara

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Seri Irwan Serigar tidak menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung pelantikannya sebagai gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Seri Zeti  Akhtar Aziz tetapi hanya berulang kali menyatakan tidak tahu apabila disoal mengenai laporan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Seri Irwan Serigar menegaskan tidak tahu menahu berhubung pelantikannya sebagai gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Seri Zeti Akhtar Aziz seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).
Irwan bagaimanapun tidak menafikan laporan itu tetapi hanya berulang kali menyatakan tidak tahu apabila disoal mengenai laporan tersebut.
"Saya tidak tahu," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya adakah ini bermakna beliau menafikan laporan WSJ, Irwan tetap mengatakan beliau tidak tahu. "Bila saya kata saya tidak tahu, maksudnya saya tidak tahu," katanya.
WSJ melaporkan hari ini mendedahkan Putrajaya bakal melantik Irwan sebagai gabenor Bank Negara baharu walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya.
Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) itu yang memetik sumber sebagai berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.
Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama penggantinya.
Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.
Menurut laporan WSJ , jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.
Pelantikan pengganti Zeti sebagai gabenor Bank Negara menarik perhatian ramai terutamanya pembangkang yang mendesak pengganti perlulah calon bebas daripada Kabinet dan juga petadbiran negara.
Pengkritik bimbang insiden seperti peguam negara mengesahkan tiada bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata sebaliknya berulang.
Selain Irwan antara nama yang disebut- sebut bakal menggantikan Zeti ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar