PAS mengumumkan ia akan membentuk blok politik baharu sebagai menghadapi pilihan raya akan datang. Pengumuman rasmi akan dibuat pada 16 Mac ini.Begitulah cerita Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan. Rancangan itu mewarnai suasana ketika pembangkang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan deklarasi anti Najib untuk selamatkan Malaysia.
Pemerhati lalu menyebut beberapa nama parti yang mungkin "gila" untuk berpakat dengan PAS. Antaranya parti milik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, tetapi Kadir menafikan yang ia akan bergabung dengan PAS. Jadi dengan parti mana? Apakah dengan parti Dayak, Kadazan, Iban atau Dusun di Sabah dan Sarawak? Di Sabah dan Sarawak memang banyak parti-parti serpihan yang boleh dipinang parti Islam itu. Elok juga bagi PAS menerima parti etnik bagi menunjukkan mereka terbuka dan liberal untuk menutup sikap mereka dengan DAP dan Amanah. Cara itu juga membolehkan parti itu berfungsi sebagai parti dakwah untuk mendapat keredhaan Allah.
Dalam pada itu ada beberapa parti lain yang mungkin menjadi pasangan parti itu tetapi ia sangat daif memandangkan parti itu juga hidup segan mati tak mahu.
Parti-parti lain ialah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) , Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) atau Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpusat di Pulau Pinang.
Pelik kalau parti itu sedia untuk bekerjasama dengan PCM sedangkan dengan DAP yang kuat dan memberi kelabaan kepadanya ditolak hidup-hidup.
Boleh dikatakan bodoh parti Islam itu kalau mereka tiba-tiba sedia bekerjasama dengan PCM sebaliknya sanggup melupai DAP yang terbukti dapat membantu menaikan imejnya. Cara berpolitik begitu undur ke belakang, bukan mara ke depan.
Jadi parti mana akan gila untuk bersama PAS? Sehingga kini saya tidak nampak ada parti yang gila untuk bersama PAS melainkan Umno.
Parti yang rasional tidak akan bersedia untuk bersama PAS. Dan apakah blok ke-3 itu akan dibentuk dengan NGO berorentasikan Islam seperti Jati, Isma ataupun Perkasa? Atau pun ketika ini sedang diusahakan penubuhan sebuah parti baru dengan bantuan Umno? Atau pun parti itu sudah pun wujud?
Kerana tidak nampak parti mana yang bakal menjadi pasangan PAS, maka sukar untuk melihat apa dilakukan PAS itu suatu aksi politik yang positif melainkan ia sebuah gimik.
Mungkin parti pimpinan ulama berlatar belakang nelayan kampung itu terpaksa membuat gimik bodoh selepas menyedari ia kini semakin tersempit dan menyendiri.
Read More / Baca Lagi >>
Tidak ada komentar:
Posting Komentar