KUALA LUMPUR: Penamatan khidmat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas tidak menggugat langsung perjalanan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, Petronas sendiri mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod perniagaan yang cemerlang selama ini.
"Kita menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meneruskan perkhidmatan Tun M sebagai Penasihat Petronas. Petronas tidak 'goyang' jika Tun M tiada.
"Kita juga yakin bahawa perjalanan Petronas mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod serta pemantauan Ahli Lembaga Pengarah syarikat negara itu yang yang sedia ada," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Armand Azha mengulas keputusan Kabinet pada Jumaat yang menamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada berkata Dr Mahathir tidak wajar memegang jawatan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan selepas tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.
Keputusan dibuat susulan tindakan bekas perdana menteri itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada 4 Mac lalu.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar