Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan Pas untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.
"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan Pas itu jelas menunjukkan bahawa parti itu telah menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang."Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.
Read More / Baca Lagi >>
Tidak ada komentar:
Posting Komentar