Maria Chin yang menandatangani Deklarasi Rakyat tidak mewakili Bersih 2.0 tetapi atas kapasiti individu dan aktivis hak asasi.
PETALING JAYA: Penganjur Himpunan BERSIH, Bersih 2.0 menegaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 dalam kenyataan media menjelaskan Deklarasi Rakyat berbeza dengan inisiatif rakyat dan ia tidak memerlukan pertubuhan itu untuk menyokongnya.
“Oleh itu, Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan tidak akan terlibat dengan Deklarasi Rakyat dan tidak akan menggunakan dana untuk aktiviti berkaitannya,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menjelaskan, Pengerusi Bersih, Maria Chin menandatangani Deklarasi Rakyat atas kapasiti individu dan aktivis hak asasi tetapi tidak mewakili pertubuhan itu.
“Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 memberi sokongan kepada beliau (Maria Chin) dengan syarat Deklarasi Rakyat itu bukan sahaja menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan malah menuntut pilihan raya adil dan bebas di samping reformasi institusi.
Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 menjelaskan, beberapa NGO tidak setuju dengan tindakan Maria Chin menandatangani deklarasi inisiatif Dr Mahathir itu tetapi menyokongnya sebagai hak individu.
“Bersih 2.0 sebagai pertubuhan tidak dan tidak akan menandatangani Deklarasi Rakyat kerana dua tuntutan yang terkandung dalam deklarasi itu sama dengan tuntutan kami pada Himpunan Bersih 4.
“Tuntutan itu ialah Najib mesti meletak jawatan dan reformasi institusi mesti dilakukan untuk mengelak berulang skandal seperti 1MDB,” kata kenyataan itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar