Jumat, 11 Maret 2016

Deklarasi Rakyat dan mereka yang takut

Di kalangan penyokong anti kerajaan, Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan perdana menteri yang ditandatangani Jumaat lalu mencetuskan pelbagai reaksi dan tanggapan.
Tidak semua di kalangan mereka bersetuju dengannya. Sebahagian besar menyifatkan kerjasama pembangkang dan Mahathir sebagai mengkhianati kepercayaan rakyat.
Sesetengah individu ini tidak dapat menerima tindakan parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP dan AMANAH duduk semeja dengan Mahathir - individu yang pernah mereka gelar sebagai 'Mahazalim' atau 'Mahafiraun' itu.
Mereka mengungkit 'dosa-dosa silam' Mahathir dan pencabulannya terhadap institusi-institusi utama negara, yang didakwa menjadi punca kebobrokan dan krisis politik yang berterusan hingga hari ini.
Tragedi Memali, campurtangan badan kehakiman, penggunaan akta kuku besi seperti ISA, amalan kronisme dan skandal menyelubungi pentadbiran bekas perdana menteri itu terus digali semula bagi mengingatkan 'dosa-dosa Mahathir'.
Di laman-laman sosial, mereka meluahkan emosi marah dengan menyatakan betapa pemimpin pembangkang yang dahulu menggelar Mahathir sebagai Mahazalim, kini mengangkat Mahathir sebagai 'mahahero baru' pula.
Selain tidak dapat menerima dosa-dosa lampau Mahathir, mereka juga meragui keikhlasan bekas perdana menteri itu untuk melakukan reformasi penuh terhadap institusi negara.
Mereka bimbang sekiranya Mahathir cuma memperalatkan pembangkang semata- mata demi mencapai kepentingan politik untuk menjatuhkan Najib, meskipun hakikatnya Mahathir sendiri kini terpaksa bergantung hayat di luar Umno.
Siapa lemahkan siapa?
Satu perkara yang harus diakui adalah rata-rata penyokong Mahathir kini cuma merupakan ahli biasa dan penyokong Umno. Hakikatnya mereka menentang Najib dan bukannya Umno.
Bukan mudah juga bagi mereka untuk menerima tindakan Mahathir bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP yang dianggap sebagai musuh.
Mungkin kerana menyedari kebimbangan itu Mahathir dalam catatan di blognya baru-baru ini mengaitkan kerjasama itu dengan krisis yang berlaku di Timur Tengah. Beliau mengingatkan bahawa negara-negara Arab berperang sesama sendiri kerana tidak mengenali 'musuh sebenar' mereka iaitu Amerika dan Israel.
Bekas presiden Umno itu juga dilihat cuba meyakinkan penyokongnya bahawa persahabatan dengan DAP dan PKR hanyalah dalam rangka sementara untuk menyingkirkan Najib dan bukannya Umno.
Perkara sama juga ditegaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengatakan Deklarasi Rakyat itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya sekadar menggantikan Najib.
Justeru Deklarasi Rakyat itu hanya menyebabkan penyokong pembangkang dan pendukung Mahathir sendiri semakin menjadi keliru.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar