Dalam kenyataan petang ini, jawatankuasa itu memberi syarat sokongan itu mestilah melangkaui hasrat menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memberi sokongan kepadanya dengan syarat ia bukan semata-mata untuk menggugurkan Najib tetapi juga untuk pilihan raya yang adil dan bebas serta pembaharuan institusi.
"Mesyuarat awal dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperakui tandatangan itu juga memberi sokongan dengan syarat sama. "Perlu dimaklumkan yang beberapa NGO tidak setuju Maria menandatangani deklarasi yang dimulakan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, majoriti pada mesyuarat NGO yang memperakui (deklarasi) menyokong tandatangan Maria selaku individu," kenyataan jawatankuasa itu dipetik.
Memetik kenyataan sama, jawatankuasa itu menyatakan mereka menghormati pendirian Maria namun mereka sama sekali tidak akan menyokong Deklarasi Rakyat.
Justeru, NGO pendesak reformasi pilihan raya itu memberi jaminan dana Bersih 2.0 tidak akan diguna untuk tujuan aktiviti gerakan Selamatkan Malaysia yang lahir daripada Deklarasi Rakyat.
"Deklarasi adalah inisiatif rakyat berasingan dan tidak memerlukan tandatangan organisasi.
"Maka, Bersih selaku organisasi tidak akan terlibat atau menggunakan dananya untuk aktiviti Deklarasi Rakyat," katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar