Sabtu, 12 Maret 2016

Najib ‘hero’ selepas singkir Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas, kata penganalisis

Dr Mahathir tidak boleh merungut apabila dipecat sebagai penasihat Petronas kerana permainan pemusatan kuasa sudah dimulakan sejak zaman pemerintahannya, kata pemerhati politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.
Hukuman Putrajaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menamatkan khidmatnya sebagai penasihat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hanya mengukuhkan imej “keras” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kurang memberi impak kepada sentimen terhadap pesara politik itu, kata pemerhati.
Ramai juga akan berfikir ia merupakan 1 permainan adil kerana Dr Mahathir akan melakukan perkara sama jika beliau masih memegang jawatan, kata penganalisis terhadap perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun dan membawa pemodenan Malaysia tetapi menghakis institusi dan hak kebebasan.
Ketua Penganalisis Politik dan Sosial Penang Institute Dr Wong Chin Huat berkata, ramai akan bersara dengan cara permainan ini diamalkan dalam politik Malaysia.

Beliau menambah, Najib hanya menghantar mesej kepada pemberontak Umno terdapat harga yang perlu dibayar kerana berbeza pendapat. "Ini akan menakutkan individu yang bergantung hidup kepada rejim ini, supaya mereka perlu lebih berhati-hati," katanya kepada The Malaysian Insider.
Wong berkata, Dr Mahathir pastinya sudah menjangkakan perkara ini, dan kini lebih berazam untuk menewaskan "raksasa yang beliau cipta sendiri".
"Saya tidak fikir Dr Mahathir boleh merungut (kerana dipecat), selepas semua sistem di mana kuasa tertumpu kepada perdana menteri sudah dimulakan sejak pentadbirannya.
"Beberapa orang akan bersimpati terhadap beliau, tetapi ramai yang akan berfikir siapa yang bermain dengan api akan musnah dengan api. Ini akan menguatkan tekad untuk melawan raksasa yang diciptanya," kata Wong.
Pejabat perdana menteri pada Jumaat lepas berkata, Kabinet bersetuju menamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas yang dipegangnya sejak 2003 selepas bersara daripada politik susulan pelancaran Deklarasi Rakyat yang diketuainya untuk menuntut peletakan jawatan Najib.
Putrajaya berkata deklarasi itu bertujuan untuk "menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik" dan Dr Mahathir sudah bekerjasama dengan pembangkang.
Usaha ketika ini dijalankan untuk membawa deklarasi itu kepada orang ramai dan mendapatkan lebih banyak tandatangan.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar