Minggu, 13 Maret 2016

Deklarasi Rakyat: Luahan hati penyokong reformasi

Pembangkang tidak memerlukan Dr Mahathir dan tokoh-tokoh UMNO lain termasuk Muhyiddin Yassin untuk melawan Najib Razak.
nassita,tolak
KUALA LUMPUR: Program ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ semalam menjadi pentas penyokong Pakatan Harapan dan aktivis reformasi meluahkan bantahan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’.
Bagi barisan aktivis ini, pemimpin parti pembangkang terutamanya telah ‘mengkhianati perjuangan’ kerana menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut mereka sudah sekian lama menekan pembangkang dan aktivis sepanjang mentadbir negara.
“Saya melihat kezaliman Dr Mahathir terhadap kawan-kawan saya, jadi bila nampak pimpinan Pakatan Harapan yang sudah rapat dengan kita semua pergi bergambar dengan Dr Mahathir sambil tersenyum, itu amat menyakitkan hati saya,” kata Nashita Md Noor.
Nashita dan suaminya, Bad Latif Mansor adalah ‘muka lama’ dalam siri demonstrasi di negara ini. Malah Bad Latif adalah salah seorang yang dihukum penjara selepas didapati bersalah menyertai bantahan pertukaran kerajaan negeri Perak pada 2009.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata pembangkang tidak memerlukan Dr. Mahathir dan tokoh-tokoh UMNO lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melawan Datuk Seri Najib Razak.
“Najib sudah lemah dan akan berkubur dengan sendiri, kita tidak perlu bersekongkol dengan mereka (Mahathir dan pemimpin UMNO lain). Dr Mahathir tidak akan datang kepada kita jika anaknya masih Menteri Besar. Muhyiddin juga tidak akan tandatangan deklarasi jika dia masih Timbalan Perdana Menteri,” kata ahli DAP itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar