Jumat, 11 Maret 2016

Tun M tidak boleh menentang dan memegang jawatan sekaligus kata Menteri Umno

Terpulang pada Proton untuk meneruskan khidmat Mahathir atau tidak, kata BN
rahman dahlann
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dalam keadaan sekarang ini, jawatan Penasihat Petronas yang disandang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh diteruskan.
Ahli politik Sabah itu menjelaskan Mahathir tidak boleh menentang kerajaan dan dalam masa yang sama berharap untuk terus menyandang jawatan lantikan kerajaan.
Beliau berkata demikian melalui Twitter, susulan laporan Jemaah Menteri menamatkan perlantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai penasihat kepada syarikat petroleum itu.
Keputusan itu sebagai jawapan kepada tindakan tokoh politik Kedah itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini, bagi mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.
Menyentuh nasib Mahathir sebagai Pengerusi Proton Holdings, Rahman berkata keputusan terletak pada pemegang saham kerana syarikat perusahaan kereta itu merupakan syarikat swasta.
“Saya mengucapkan good luck kepada Proton.”
Selain daripada jawatan di Petronas dan Proton Holdings, Mahathir juga merupakan pengerusi di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar