Parti itu akan bertanding 11 kerusi dan akan mengemukakan seorang calon bukan Islam pada PRN Sarawak.
PETALING JAYA: PAS lebih berminat berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Sarawak dan sedia menyokong segala usaha baik yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebaliknya parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.
“Yang pasti, PAS bukan parti pengampu,” katanya pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak – Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak di Kuching, malam tadi.
Abdul Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri, lapor Berita Harian Online.
Manifesto pilihanraya itu antara lain menawarkan hak anak negeri, kebebasan beragama dan budaya dan tuntutan 20 peratus royalti minyak dan gas daripada kerajaan Persekutuan.
PAS akan bertanding 11 kerusi DUN, iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar