Jumat, 11 Maret 2016

Mampukah Orang Asal bayar bil elektrik, air? – Dr Zainal Kling

Kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan pihak kerajaan semata.

PETALING JAYA: Kebanyakan kawasan penempatan Orang Asal berhampiran bandar tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air lantaran masalah kewangan yang membelenggu golongan itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kebiasaannya penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap, sekaligus menyukarkan mereka membayar bil kemudahan asas yang disediakan.
“Masukkan elektrik itu ke kampung (Orang Asal) barangkali senang, tarik tiang, tarik wayar boleh la pasang, tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal biasanya tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Mereka (Orang Asal di pedalaman) masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan, (Orang Asal berhampiran bandar) sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi kalau tidak diberi percuma mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik.
“Kalau kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak bantu mereka untuk membayar segala kos ini, maka nak masukkan segala kemudahan awam (air dan elektrik) ini menjadi masalah,” katanya kepada FMT.
Tinjauan FMT di perkampungan Orang Asal berhampiran Putrajaya mendapati penduduknya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar