PERANG diayah oleh Umno dan kerajaan terhadap “Deklarasi Rakyat”, pendukung dan
penyokongnya dijangka menjadi lebih sengit. [Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini]
Saya tidak menyalahkan mereka. Malah saya faham keterdesakan mereka. Implikasi deklarasi itu ke atas psikologi rakyat jelata semakin positif dan bertambah negatif terhadap Umno dan kerajaan.
Kita boleh membahagikan saluran perang saraf Umno dan kerajaan ini kepada beberapa kategori orang dan pihak.
Antara mereka adalah:
1. Penjawat awam. Mereka yang tugas asasinya mempertahankan kerajaan. Mereka ini akan mempertahankan kerajaan dan, sekali gus Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kerana tugas. Setuju atau tidak mereka terpaksa akur.
2. Kelompok politik, iaitu mereka yang naik atau kekal dalam jawatan kerana Mohd Najib.
3. Golongan perniagaan yang mendapat projek kerana rapat dengan Perdana Menteri dan usahawan bona fide yang mendapat kontrak rasmi daripada kerajaan.
4. Media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, parti-parti BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.
5. Laskar siber upahan Umno, BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.
Ada kalangan penerima dedak yang secara terbuka mengaku mereka menerima wang tunai hingga berjuta-juta ringgit daripada Mohd Najib dalam usaha mereka memberi kredibiliti kepada dakwaan bahawa “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau adalah untuk kegunaan parti.
Tidak Ada Pilihan
Mereka mengutuk dan memesongkan fakta mengenai “Deklarasi Rakyat” kerana itu tugas dan kewajipan mereka. Saya tahu ada kalangan mereka yang faham dan bersimpati dengan ikrar itu tetapi tangan mereka diikat dan mulut mereka disumbat.
Tetapi ada juga yang memang tidak faham. Otak mereka mendidih dan hampir meledak melihat musuh lama seperti Dr Mahathir dan Lim Kit Siang duduk bersama. Otak mereka tidak boleh menerima apa yang mereka lihat itu.
Misalnya, seorang wartawan kanan menulis dalam Utusan Malaysia pada 10 Mac mengatakan deklarasi itu “tidak dapat diterima akal”.
Dalam mukadimahnya, wartawan itu berkata: “BIAR dilihat dari sudut mana sekalipun, kempen dikenali sebagai ‘Deklarasi Rakyat’, atau lebih tepat jika disebut ‘Deklarasi Mahathir’, pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri, tidak dapat diterima akal.”
Saya hantar pesanan ringkas (SMS) berikut kepada beliau: “Baca tulisan Tok. Setuju. Memang tak masuk akal bagi sesetengah orang. Ia langkah luar biasa dan revolusioner. Ia hanya masuk akal bagi orang (yang) anjal dan dalam pemikirannya.”
Pemikiran mereka terlalu sempit dan partisan sehingga apa saja di luar daripada norma harian dan melepasi garis politik parti adalah tidak dapat diterima akal. Ini adalah kerana akal mereka tertutup dan dipagari kuat oleh ideologi politik serta pertimbangan peribadi.
Saya tidak harian dengan hujah jalanan watak-watak seperti Jamal Mohd Yunos, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan, Annuar Musa, Salleh Said, Tengku (dulunya Teuku) Adnan Mansor dan “The Boss” Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Tapi apabila seorang yang dianggap cendekiawan seperti Rais Yatim juga turut mengeluarkan hujah yang lebih kurang serupa, saya hairan, lebih-lebih lagi apabila beliau memberikan gambaran yang bertentangan apabila berjumpa saya.
Rais adalah antara pemimpin Umno yang tidak kembali menyertai Umno selepas krisis 1987/88 sebaliknya menyertai parti serpihan Semangat 46.
Bukan itu sahaja. Beliau bersumpah bakar jambatan (burning the bridge).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar