Minggu, 13 Maret 2016

Orang Asal dekat Putrajaya diugut lepaskan tanah

Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul mendakwa diugut 'orang JAKOA' pada tahun 1993 untuk melepaskan tanah yang diduduki mereka.
JAKOA-3
SEPANG: Pemimpin komuniti Orang Asal Bukit Tunggul, di sini mendakwa Orang Asal di sini, diugut oleh ‘orang Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)’ pada tahun 1993 untuk melepaskan tanah yang diduduki mereka.
Perkara itu menyebabkan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul di sini, merasa ditindas dan ‘makan hati’ dengan JAKOA, sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Mengimbau kejadian yang berlaku kira-kira 23 tahun lalu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Buah dan Bukit Tunggul, Tan Jahmat, berkata perkara itu diingati sebagai satu peristiwa hitam dalam kalangan Orang Asal Bukit Tunggul.
“Dahulu ada orang JAKOA datang cakap kepada Orang Asal di kampung ini. Ambil duit dan pindah ke Kechau di Semenyih. Kalau tidak tanah dan rumah akan kena tolak.
“Ini kes ugut. Tapi kami tak pandai dan tak tahu hendak diadukan kepada siapa kerana yang buat begitu adalah orang JAKOA sendiri. Inilah cerita lama yang kami pendam sejak 20 tahun lalu.
“Orang JAKOA sepatutnya jaga kami, tetapi mereka jaga penyangak yang rampas tanah kami,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di sini, semalam.
Tan berkata, Orang Asal Bukit Tunggul turut dijanjikan sebidang tanah dan rumah sekiranya berpindah ke Semenyih, namun ia tidak ditunaikan.
Katanya, selain itu, Orang Asal di Semenyih juga enggan menerima kehadiran Orang Asal Bukit Tunggul dan perkara itu menyebabkan mereka kekal di perkampungan Orang Asli bersempadanan dengan Putrajaya itu.
“Logik Orang Asal di Kechau, Semenyih tak terima. Orang luar datang ke kampung mereka, tanah mereka, buat rumah, buat kebun. Sesiapa pun marah.
“Janji mahu bagi sebidang tanah untuk berkebun selain rumah, tapi mana ada. Tak bagi apa-apa pun. Niat hanya mahu kami mengosongkan tanah di Bukit Tunggul,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar