Bukan saja menandatangani deklarasi bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dijaja ke seluruh negara kerana dianggap sebagai suatu kesalahan, malah berjalan beriringin atau duduk semeja dengan mereka pun cuba dijadikan seolah-olah dosa yang tidak boleh diampunkan.

Bukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga rakyat negara kita sah hak-haknya?
Lagi pun, bukankah mereka berbaik untuk "menangkap perompak dan penyamun" yang membahayakan kita semua dan bukannya untuk saling bekerjasama menjadi perompak dan penyamun harta-harta negara?
Kalau ada, apa pula kerosakan yang sudah pemimpin-pemimpin pembangkang timbulkan dan harta negara yang mana mereka sudah jual atau gadaikan?
Kenapa hanya bila Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin saja dilihat salah bila berbaik dengan pemimpin pembangkang, sedangkan ada orang lain siap berpeluk,berselfie dan bermesra-mesraan lagi?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar