DAMANSARA - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada istilah bersekongkol dengan pembangkang berhubung gambar viral 'mesra' beliau bersama pemimpin pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
Katanya, gambar itu tidak perlu dijadikan isu kerana di Parlimen ia sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli Parlimen untuk 'berkawan' dengan mana-mana ahli.
"Pada waktu itu, saya sedang menuju ke majlis perasmian. Ketika berjalan ke Dewan Rakyat, saya nampak ramai di belakang saya termasuk beberapa pemimpin Umno.
"Di hadapan, kiri, kanan saya ada Lim Guan Eng dan lain-lain. Kami di Parlimen ini kadang-kadang tak kisah latar belakang kita hendak berjalan, bercakap minum dekat kafe duduk di meja bersama-sama.
"Jangan mudah tafsirkan bahawa saya telah masuk kepada pihak pembangkang. Ingat saya ini Umno totok tetapi tidak bermakna sebab itu kita harus mengikut mereka atau bersekongkol dengan mereka. Pada zahir saya tidak melihat itu sebagai isu kerana di Parlimen biasa seperti itu,"katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Damansara hari ini.
Pada Isnin lalu, foto Muhyiddin berjalan beriringan dengan kumpulan Pakatan menuju Dewan Rakyat di Parlimen dilaporkan menjadi viral.
Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi.
Katanya, gambar itu tidak perlu dijadikan isu kerana di Parlimen ia sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli Parlimen untuk 'berkawan' dengan mana-mana ahli.
"Di hadapan, kiri, kanan saya ada Lim Guan Eng dan lain-lain. Kami di Parlimen ini kadang-kadang tak kisah latar belakang kita hendak berjalan, bercakap minum dekat kafe duduk di meja bersama-sama.
"Jangan mudah tafsirkan bahawa saya telah masuk kepada pihak pembangkang. Ingat saya ini Umno totok tetapi tidak bermakna sebab itu kita harus mengikut mereka atau bersekongkol dengan mereka. Pada zahir saya tidak melihat itu sebagai isu kerana di Parlimen biasa seperti itu,"katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Damansara hari ini.
Pada Isnin lalu, foto Muhyiddin berjalan beriringan dengan kumpulan Pakatan menuju Dewan Rakyat di Parlimen dilaporkan menjadi viral.
Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar