Tabung tersebut dilancarkan sebagai penghargaan kepada Izzah yang berani menyaman, Perdana Menteri, 1MDB, SPR dan Tengku Adnan.
PETALING JAYA: Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai melancarkan Tabung Sumbangan Nurul Izzah Anwar dengan sumbangan RM50 bagi melunaskan saman RM50,000 yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR itu.
Saman itu dikenakan ekoran kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tiga pemimpin yang lain membatalkan saman PKR terhadap mereka atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Nurul Izzah mengesahkan perkara itu kepada FMT dalam satu pesanan ringkas.
“Ya benar (merujuk kepada tabung RM50 utuk Nurul Izzah),” tulisnya.
Tabung yang diberi mana #Lawan1MDB dilancarkan semalam sebagai penghargaan atas tindakan berani PKR dan Nurul Izzah menyaman Perdana Menteri, 1MDB, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
PKR memfailkan saman terhadap Najib pada Ogos lalu atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan saman tersebut turut difailkan terhadap Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Awal Januari lalu, Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Tengku Adnan memohon supaya Nurul Izzah membayar kos sebanyak RM50,000 selepas Izzah gagal mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah mendedahkan akaun Datuk Seri Najib.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar