Minggu, 13 Maret 2016

Kempen #respectMyPM dah jadi #crazyMyPM.....

UMUR DAH LEPASI 72 TAHUN, tak kan masih lagi nak perbodohkan rakyat.. Masih tak puas2 nak jilat ka !!!

Satu2nya PM kat dunia dicadangkan jadi PM sampai kiamat. KAH!! KAH!! KAH!!.. Makin gila...

'Deklarasi Rakyat': Pakatan Harapan dapat tembusi pengundi Melayu atas pagar

'Deklarasi Rakyat': Pakatan Harapan dapat tembusi pengundi Melayu atas pagar
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan berharap dapat menembusi 40 peratus pengundi Melayu atas pagar dengan menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata ini adalah antara keuntungan kepada gabungan itu ekoran tindakan tersebut.

Rafizi berkata menurut bacaannya, pengundi tegar Melayu 20 peratus menyokong UMNO, 20 peratus menyokong PAS dan 20 peratus menyokong Pakatan Harapan.

Katanya terdapat 40 peratus pengundi Melayu atas pagar yang sah telah menolak UMNO kerana pelbagai sebab tetapi tidak dapat dipastikan golongan ini menyokong parti mana.

“Kita tahu pembangkang kalah sebab 5 hingga 10 peratus pengundi Melayu akan tetap dengan Barisan Nasional (BN) kerana naratif perkauman UMNO BN.

“Pengundi bukan Melayu terutamanya orang Cina ada tempoh masa untuk beri sokongan padu hampir 90 peratus kepada pembangkang. Kalau pembangkang tiada perubahan, mungkin sokongan itu akan diberi kepada pihak lain. Jadi, sokongan padu undi bukan Melayu bukan untuk selama-lamanya.

“Dengan kehadiran Tun Mahathir atas pentas kita dan membaca ‘skrip’ kita, kita ada peluang tembusi sekurang-kurangnya 2 ke 5 peratus daripada 40 peratus pengundi Melayu atas pagar," katanya dalam Forum "Pembangkang + Pasukan Mahathir : Berbaloikah untuk rakyat?" anjuran Angkatan Muda Keadilan.

Tambahnya lagi Dr Mahathir yang mencari pihak pembangkang untuk menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ dan bukan sebaliknya.

“Tun Mahathir yang datang kepada kita, kita tidak pergi kepada Tun Mahathir.

“Sebab itu daripada 58 orang yang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’, kebanyakkannya dari pihak pembangkang,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

11 Mac 1978 tarikh yang tidak pernah dilupakan

Kelmarin 11 Mac 1978, yakni tepatnya 38 tahun lalu merupakan detik paling malang dan tragis kepada parti agama (Pas) negeri Kelantan. Pada hari inilah diadakan pilihan raya umum ke-5, yang menyaksikan kerajaan Pas yang menguasai Kelantan selama 18 tahun telah tumbang.


Keributan yang dicipta Umno untuk jatuhkan
Kerajaan Pas Kelantan.
Menjelang detik 12: 00 malam 12 Mac kerajaan Pas Kelantan diumumkan tewas. Saat itu juga RTM mengadakan interview dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mengumumkan BN menang dan serentak itu memansuhkan tol di Jambatan Sultan Yahya Petra. Antara manifesto atau janji BN ialah akan memansuhkan tol di jambatan itu sekiranya Umno menang.

Pengambilan kerajaan Kelantan oleh Umno (BN), daripada Pas ini sesuatu yang ditangisi oleh para pejuang Pas dan juga mereka yang percaya dan yakin Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan agama. Tidak sedikit yang mengira Pas akan berkubur selepas itu.

Di sini saya tidak mahu mencatat sebab dan musabab kenapa kerajaan Pas tumbang, semua itu sudah menjadi bahan sejarah dan kajian sarjana politik. Tetapi apa yang ingin membangkitkan peristiwa selepas itu. Betapa selepas kalah Pas semacam tidak bermaya. Hanya beberapa orang pemimpin sahaja bangkit untuk menyambung semula kerajaanya dan terus melawan Umno. Sebahagian yang lain seakan tidak mahu meneruskan lagi perjuangan. Sudah berputus asa.

Pas tidak mengambil masa lama untuk mengobarkan semangat rakyat, untuk terus menghidupkan Pas dan melawan Umno. Satu kenduri besar diadakan di Bukit Abal Pasir Puteh Kelantan, dengan mengorbankan beberapa ekor lembu. Saya selalu menyebutkan kenduri itu sebagai majlis "semahan" semangat orang Pas. "Semah" bermaksud membangkitkan semangat yang telah hilang atau lemah.

Kenduri itu diadakan secara gotong royong di kalangan orang Pas dengan Pas Bukit Abal sebagai tuan "kija".

Masih ingat hampir semua tokoh Pas hadir pada majlis itu, dengan pemidato utamanya ialah Allahyarham Mohd Asri Muda. (Nik Aziz dan Haji Hadi belum tokoh penting dan tidak pun berceramah). Kehadiran mencecah puluhan ribu, yang hadir dari segenap penjuru, termasuk dari Besut.

Asri sendiri memuji daya usaha Pas Bukit Abal, khasnya individu tertentu yang mengadakan majlis berkenaan. Individu yang berjasa besar kepada Pas atau menjadi master-mind majlis itu antaranya ialah Pak Mud, Mat Tonik, Haji Sahir, Mat Laksamana, Kak Chik Wan Asma Abdul Kadir, Abang Soh,Tok Penghulu Dollah dan beberapa yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi disenarai 500 muslim paling berpengaruh

Beliau muka baru yang dipilih pusat kajian antarabangsa bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani
hadi
PETALING JAYA : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai antara 500 muslim paling berpengaruh di dunia oleh sebuah pusat kajian Islam antarabangsa.
The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan, menerusi penerbitan edisi ketujuh, The Muslim 500 2016 memberi pengiktirafan kepada Hadi bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani.
Hadi antara tiga muka baharu yang diberi penghormatan menduduki senarai dalam kategori itu.
Pemilihan individu termasuk Hadi berdasarkan pengaruh kepada dunia dan masyarakat Islam.
Seorang lagi wakil Malaysia, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim telahpun berada dalam senarai itu.
The Muslim 500 diterbitkan setiap tahun dengan kerjasama Pusat Pemahaman Muslim-Kristian Putera Al-Waleed bin Talal di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Penerbitan itu mengiktiraf 50 muslim paling berpengaruh di dunia manakala 450 muslim lain dipecahkan dalam 15 kategori.
Raja Jordan, Raja Abdullah ll diiktiraf muslim paling berpengaruh di dunia, diikuti Imam Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayed dan ketiga, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz.
Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkal…an di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

"Mereka cuba gertak dan diamkan saya," kata Syed Saddiq


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanPengasas dan jurucakap Challenges Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, mendakwa beliau tidak gentar dengan gertakan pihak tertentu di kalangan kumpulan pro Umno-BN dengan penyebaran beberapa keping gambar lamanya di internet.
Beliau mengakui beberapa keping gambar yang tersebar di internet dan dicemuh netizen adalah gambarnya.
"Jawaban saya kepada Pro Umno/DS Najib blog.
"Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.
"But, I won’t do that (tetapi saya tidak akan berbuat demikian). Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.
"Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that (Saya tidak menafikannya)," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline malam tadi.
Foto Syed Saddiq yang disebarkan blogger pro-Umno.Foto Syed Saddiq yang disebarkan blogger pro-Umno.Blog truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya hari ini mendakwa aktiviti tersebut dirakam di kelab malam Palladium, Manila sewaktu Syed Saddiq mengikuti program debat di sana.
Gambar dimuat naik di blog itu kemudian menjadi viral di laman sosial yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut apabila Syed Saddiq di dakwa sebagai kaki clubbing, kaki mabuk dan kaki perempuan.
Kata Syed Saddiq lagi, memang benar gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia.
"Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ dan seperti mana yang dituduh.
"Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang.
"Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya.
Read More / Baca Lagi >>

"PEMBANGKANG + PASUKAN MAHATHIR" BERBALOIKAH UNTUK RAKYAT?

Orang Asli dakwa diugut pegawai JAKOA